Blogger Templates
Pembuka kata...

Saturday, February 20, 2010

EVERYTHING PERLU SMART :)

Teringin jadi smart? Tapi tak tahu macam mana? So kat sini ada beberapa ciri-ciri smart untuk perkongsian bersama dan boleh direalitikan bersama.. :) Jom manfaatkan bersama k..

KONSISTEN

Orang smart berterusan dalam memotivasi diri. Dia seorang yang tekun dalam kerjanya dan sentiasa cuba menguasai bidangnya serta mengikut perkembangan persekitaran dengan penuh kesedaran untuk memperbaiki diri. Sebenarnya mengikut kajian psikologi, dengan menyibukkan diri setiap hari, ia akan mengurangkan tekanan atau stress. Orang yang tidak melakukan apa-apa atau malas sebenarnya lebih mudah mendapat tekanan berbanding orang yang sentiasa aktif menjalani hidupnya.

GHAIRAH

Ghairah dalam aspek ini adalah lonjakan yang dibentuk setiap awal pagi sebaik sahaja terjaga dari tidur. Rasa ghairah untuk hidup dan melakukan yang terbaik akan mendorong kecermerlangan dan rasa sihat sepanjang hari. Orang Smart sentiasa merasakan hidup adalah jalan untuk meraih kejayaan meskipun seribu halangan terpaksa ditempuh . Ghairah dengan hidup adalah punca segala kejayaan . Rasa ini lahir dari jiwa yang suci . Ia berkait rapat dengan matlamat hidup seseorang itu.

GAPAI

Apa juga yang diingini tidak akan diperolehi jika tangan tidak dihulur untuk mengambilnya. Tanpa inisiatif untuk merealitikan segala impian , semua yang diidam – idamkan itu akan hanya wujud dalam imiginasi dan ilusi sahaja. Bulat tak akan datang bergolek dan pipih tak akan datang melayang tanpa usaha yang gigih. Individu yang smart sentiasa mencuba mengapai apa yang diingininya. Dia tidak hanya bertahan pada angan- angan. Orang smart berani mengambil risiko walaupun tahu risiko selalunya diterjemahkan kepada kerugian dan kesakitan . Dia seorang yang berani untuk gagal dengan menganggap kalau dia tidak gagal jawapan pasti berjaya. Dengan segala usaha yang dicurahkan dia lebih yakin akan berjaya namun berani untuk gagal sebab kegagalan adalah tiket kedewasaan dan bertambahnya pengalaman. Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan sahaja membantutkan segala kreativiti yang ada pada diri mereka malah merupakan penghalang proses anjakan paradigma ke arah kehidupan smart.

TERPAKSA

Terpaksa menghadapi mata pelajaran yang tidak diminatinya. Pada masa orang lain bersenang – lenang menonton tv , dia terpaksa membuat latihan dan kerja rumah. Dia kena bangun awal tiap – tiap hari sedangkan kawan – kawan tidak bersekolah enak di tempat tidur. Dia sebenarnya bersaing dengan rakan – rakan pelajar dari seluruh negara. Pada masa cuti atau pada waktu petang selepas hari persekolahan orang lain berfoya – foya ke sana ke mari, dia terpaksa menghadapi kelas tambahan atau akitivi kokurikulum. Dia mungkin disindir atau dipulaukan oleh kawan- kawan atau diberi gelaran – gelaran yang menyakitkan telinga kerana terlalu komited terhadap pelajaran. Dia mungkin menerima leteran guru dan ibu bapa setiap hari. Dia mengalami gangguan perasaan dan fikiran kerana beban kerja sekolah yang bertimbun.

Berlian anda bukannya terletak di pergunungan terpencil atau nun jauh di tengah lautan; anda akan menjumpainya di perkarangan rumah anda sendiri, kalaulah anda menggali untuk mendapatkannya.
~Russell H. Comwell~

0 comments: